Halaman

Ahad, 5 Disember 2010

Top Chef!

TOP CHEF ialah rancangan realiti masakan yang paling kuminati. Dah muak menonton rancangan realiti berbentuk hiburan AF, Mari Menari dsb tu. Lebih tertarik dengan Top Chef yang disertai oleh chef-chef profesional di A.S. Rancangan popular di Amerika ini telah melahirkan 6 Top Chef setakat ini. Yang menariknya, bukan setakat juaranya yang bergelar Top Chef yang berjaya setelah 'graduate' dari rancangan ini tetapi peserta-peserta lain juga ramai yang berjaya membuka restoran sendiri atau bekerja di restoran-restoran terkemuka.
Dale Levitski, finalis musim ketiga, telah membuka restoran sendiri Sprout di bandaraya Chicago bersama Sara Nguyen juga peserta Top Chef musim ketiga. Dale dan Sara kian sukses, Sprout kini tersenarai antara Best New Restaurant di Chicago dan baru saja dapat *** star . Konsep restoran diorang ni ialah French American cuisine dan guna bahan mentah organik. So, restoran diorang ni amat sesuai untuk golongan vegetarian . Hehehe...aku memang minat Dale ni, dia selalu baik ngan kawan-kawan dan merendah diri...
Musim Keempat Richard, Antonia dan Stephanie memang best.Musim kelima pula Carla paling best.

Dapat juga tahu serba sedikit tentang dunia kulinari melalui rancangan ni. Diorang bukan saja kena pantas dan cekap tapi juga mesti kreatif dan inovatif barulah dapat menonjolkan diri dalam dunia yang penuh persaingan. Menyedarkan aku jugak yang kaum lelaki memanggg lebih dominan dalam dunia masakan profesional ni. Takat ni baru sekali je Top Chef dimenangi oleh wanita, Stephanie dari musim keempat. Dia ni dah pun buka restoran namanya Girls and The Goat. Menunya mestilah berasaskan kambing!

Kalau kat Malaysia ni, masyarakat selalu menganggap chef ni kebanyakannya lelaki 'lembut', tapi apa yang aku perhati dalam rancangan Top Chef, Iron Chef atau Masterchef hampir semua peserta lelakinya normal! Takde pun yang lembut-lembut macam chef-chef terkenal kat Malaysia ni...Agaknya ini jugak faktor remaja lelaki tak minat bidang kulinari ni, sebab takde idola di bidang ni.... sebab tu semua tergila-gila nak jadi artis.

Mungkin suatu hari rancangan realiti masakan kita sendiri akan muncul. Mungkin chef Wan selaku head judge dan Sheila Rusly sebagai pengacara sebab dia je selebriti ada buku masakan macam si Padma tu...

Sabtu, 23 Oktober 2010

Antara Maher Zain, Sami Yusuf dan Opick....


Maher Zain, pemuda berketurunan Lebanon dan menetap di Sweden terkenal dengan lagu-lagu InsyaAllah dan Thank You Allah. Kini seolah mencetuskan fenomena baru di Malaysia.
Sami Yusuf, berketurunan Azeri, lahir di Iran dan membesar di UK adalah perintis lagu-lagu aliran baru ini. Lagu-lagunya memuji Allah dan Rasulullah S.a.w.
Opick , penyanyi Indonesia. Lagu-lagunya indah dan ringkas. Liriknya penuh makna mengungkap kesedaran diri.

Alhamdulillah, kita kini punya pilihan. Pilihlah A- Maher Zain, B - Sami Yusuf C - Opick dan D- banyak lagi penyanyi Islamik seperti Zain Bikha, Mesut Kurtis, Daud, Yusuf Islam dll.. Dengan pilihan yang  sebegini apakah masih ada alasan untuk kita menjadi hamba muzik Barat dan penyanyi Barat?

Rabu, 15 September 2010

Syawal ini lebih bererti jika...

Syawal akan jadi lebih bererti jika...
 
  • Ibadat sepanjang Ramadan terus disuburkan dalam diri...contohnya membaca al Quran, solat sunat dan bersedekah.
  • Tiada pembaziran berlaku terutama dari segi limpahan makanan. Semasa berpuasa kita telah bertungkus lumus menahan lapar dahaga agar dapat memahami kesusahan insan-insan yang sering kebuluran atau kekurangan makanan berkhasiat. Malangnya, sebaik sahaja Hari Raya Aidilfitri, penghayatan itu hilang entah ke mana. Juadah memenuhi meja dihidang agar tetamu pulang kekenyangan. Saat itu, adakah kita ingat kepada nasib saudara-saudara kita di Palestine ? 
  • Tiada kemalangan berlaku di jalan raya hingga perlu diadakan Ops Sikap saban tahun. Bukankah kita telah melatih diri dan jiwa agar bersabar sepanjang Ramadan itu? Sepatutnya sifat sabar dan berhemah semasa memandu diamalkan juga semasa pulang dari kampung. 
  • Tiada pembakaran mercun hingga membakar rumah dan diri si pembakar mercun. Pihak polis harus tegas dan amanah. Walaupun rampasan mercun telah dibuat, tapi bagaimana halnya dengan anggota polis yang menyimpan saki baki mercun rampasan itu dan diberi kepada sanak saudara dan jiran?

Ahad, 5 September 2010

Penghujung Ramadan

Hari ini sudah 27 hari berpuasa. Berrmakna Ramadan yang penuh berkah ini akan berakhir sedikit waktu lagi. Rasanya masih belum puas menikmati keindahan Ramadan ini. Belum cukup ibadah kulakukan. Belum banyak kebajikan kutumpahkan sepanjang Ramadan ini.
Namun ada beberapa perkara yang agak memuaskan bagiku yang berlaku di sekelilingku. Pertamanya tentang suasana surau di kampungku. Jemaah tidak seramai mana pun tetapi jumlah itu sehingga saat ini tidak menyusut walaupun di seluruh negara orang selalu mengatakan jemaah akan berkurangan bila Aidilfitri semakin hampir. Kedua, anak-anak remaja yang berkhidmat mengemas dan membersihkan surau masih wujud di desaku ini. Tanpa mengharapkan balasan, mereka akan menghidang makanan, mencuci pinggan mangkuk dan cawan dan mengemas setiap malam. Mereka tidak diberi upah pun, sedangkan di kampung-kampung lain cerita berbeza kuperoleh. Anak-anak muda jika tidak diupah, enggan membantu, malah ada yang menghabiskan hidangan moreh sebelum jemaah selesai bersolat. Syukurlah di sini meskipun tidak semuanya solat terawih tetapi menjelang pertengahan terawih mereka akan muncul, selepas terawih mereka inilah yang akan bertadarus pula. Ketiganya, sepanjang Ramadan ini aku hanya sekali membeli makanan di bazar. Ini bukanlah kejayaan pun, cuma satu kepuasan bagiku kerana mengurangkan pembaziran yang dilarang agama. Memang sudah menjadi azamku untuk tidak membazir dari segi makanan berbuka puasa tahun ini. Semoga Allah memberi aku kekuatan untuk terus elak pembaziran tahun depan.

Rabu ini bersama teman lain, kami bercadang membersihkan surau sebelum Aidilfitri menjelang. Aku rasa macam tak kena sikit, patutnya sebelum Ramadan acara ini kami buat tapi yalah kesedaran dan perancangan itu datangnya lambat. Insyaallah benda ini boleh bawak tahun depan.

Tadi aku baru terjumpa satu web /blog tentang dua anak muda Pakistan American yang mengembara menelurusi 30 buah masjid sepanjang Ramadan di seluruh Amerika. Menarik posting mereka.Paling menyentuh hati, masjid yang dibina oleh masyarakat Islam Bosnia. Usaha masyarakat ini mengubahsuai sebuah bekas gereja dengan hasil titik peluh mereka sendiri [ memandangkan mereka pandai bertukang, dan wiring semua mereka buat sendiri ]cukup mengagumkan. Setiap peringkat pembinaan masjid bermula dari mesyuarat pertama komuniti tersebut untuk mengubahsuai masjid didokumentasikan dalam bentuk gambar.Selepas sipa, pembukaaan masjid itu diraikan dengan meriah.http://30mosques.com/2010/09/day-20-idaho-the-islamic-community-of-bosniaks-in-boise/ .Terharu sangat dengan kerjasama dan kesungguhan mereka ini. Sesungguhnya selepas hujan lebat kadangkala muncul pelangi indah...begitulah mereka...dahulu mereka kurang mengamalkan ajaran Islam hingga diserang oleh puak Serb tetapi hikmahnya dari peperangan itu wujud kesedaran dan kecintaan terhadap Islam dalam diri mereka. Tanya diri kita yang berada di zon selesa di Malaysia ini, perlukah menanti diserang dan ditawan untuk mengubah diri?
Ramadan masih bersisa....moga beberapa hari yang tinggal ini ada nur bakal mengerdip di hati setiap muslim di negara ini. Nur untuk mengubah diri, menginsafi diri termasuk untuk diriku jua.

Jihadlah walau sekecil mana pun


Amazing! Anak sekecil ini pun berani!

Isnin, 30 Ogos 2010

Untuk saudara-saudaraku nun di sana

Ya ALLAH ya Rabbi
tolonglah saudara-saudaraku nun di sana
daku tahu
Engkau sedang menguji iman mereka
tolonglah mereka ya Allah
jangan biarkan tentera kafir menawan mereka
seluruh dunia meminggirkan mereka
namun bukan aku
ya Allah bumi suci itu
selamatkanlah dari kedatangan tentera dajjal
jika benar Engkau menguji mereka
berilah mereka kemenangan

Syawal secara sederhana

Pada zaman kanak-kanak, Syawal memang disambut penuh gembira. Maklumlah, keluarga bukan orang senang, so masa Raya la peluang nak pakai baju baru dan kasut baru. Dua tiga hari sebelum raya tu, baju dan kasut baru tu dibelek berkali-kali, dijeling berpuluh kali. Excited!
Masuk zaman remaja, bukan setakat gembira berbaju baru tapi juga nak beraya ramai-ramai. Memang happy betul masa tu.
Masuk pula zaman bekerja, dua tiga tahun bekerja keinginan nak melaram baju yang cantik tu masih kuat lagi. Dah ada duit sendiri katakan. 
Akhir-akhir ni, keinsafan mula datang dalam diri. Syawal itu hari kemenangan, kemenangan berpuasa di bulan Ramadhan selama sebulan. Walaupun untuk merayakan kemenangan tak semestinya disambut dengan kemeriahan yang melampau, apatah lagi dengan pembaziran, memang tak patut. Lebih-lebih lagi tahun ini, Syawal akan menjelang tak lama lagi, teringatkan anak-anak di Palestine yang bergelut dengan situasi mencabar saban hari. Di Afghanistan pulak, tentera NATO dan A.S tak habis-habis menyerang taliban. Biarpun mereka dikatakan pengganas, mereka itu tetap Islam dan A.S itu bagiku kafir perosak dunia.
Aku teringat tahun-tahun lalu, rakan-rakan yang dah berumahtangga dan ada rumah masing-masing [ esp yang renovate cantik-cantik ] seakan berlumba-lumba buat rumah terbuka. Memang bagus jugaklah adakan rumah terbuka ni tapi entahlah kadang-kadang terasa seolah ada unsur riya' . Yelah kalau dah masing-masing nak tetapkan juadah istimewa, yang lain dari yang lain. Makanan penuh-penuh meja. Emm...entahla...yang dah siap buat renovation cantik-cantik tentu pulak nak buat rumah terbuka, maka secara tak langsung mempamerkan kecantikan rumahnya yang dah siap diubahsuai. Saudara mara dan rakan tauladan yang datang akan terkagum-kagum memuji, di rumah nanti siap buat ulasan pulak macam si Eric...entahla...
Kadang-kadang aku memang tak setuju...........
Harapnya tahun ni jangan pulak ada rumah yang tempat aku bertamu tetiba menghidangkan Coke selaku minuman utama. Tolonglah....dah jadi tradisi di Sabah ni, kebanyakan rumah gemar hidangkan minuman 'segera' macam tu. Jarang jumpa yang hidangkan air bancuh. Alasan minuman berkarbonat ni cepat dan mudah disediakan. Cuma sejak tahun lepas, aku perhati ada jugak yang hidangkan minuman kotak macam soya atau teh krisantemum... Kalau adalah yang tergamak lagi hidangkan Coke...hissh....dengan semangat serikandi Islam ni time tu jugak aku nasihat terus....
Apapun, aku mula dengan diriku sendiri.Biar bersederhana dalam segala hal.  

Ahad, 29 Ogos 2010

Mavi Marmara yang Berdarah

Buat adik Furkan Dogan [ syuhada Mavi Marmara ]


Tenanglah kau di sana
syurga sudah diperlihatkan padamu
bidadari rupawan penemanmu
kau layak bersamanya
saat remaja seusiamu
mengimpikan kejayaan duniawi semata
rupanya impianmu lebih hebat
kau impikan syahid
mungkin kau juga impikan bidadari jelita
meski kau tak mengerti
antara ibumu dan syahid
manakah yang lebih indah
itulah bait nota akhirmu
kau layak memilih
menara gading manapun
untuk merealisasi impianmu
menjadi doktor
namun kau ketepikan impian itu
kau pilih Mavi Marmara
sebagai medan syahidmu

kutatap wajahmu
sebelum melangkah ke atas kapal berdarah
pejuang IHH juga di kiri kananmu
tanda kesolehan kulihat
di wajah bersihmu
senyum di garis bibirmu
menadah tangan memohon doa
selendang Palestine di bahumu

lima peluru terhambur ke tubuhmu
kau pergi bersama syuhada lain
bendera merah tanahairmu berkibar
tanda bangga padamu

berpuluh ribu mengiringi jasadmu
Kayseri yang tenang jadi bingit
dengan laungan Allahu Akbar
menyambut jasad anak mudanya
pulang sebagai as syahid

kerandamu bagaikan permata
ratusan tangan ingin mengusungmu
itulah penghargaan
di dunia pun kau sudah dikenali
apatah lagi di sana
insyaallah

kau inspirasi anak muda moden
pencetus semangat jihad
syahid itu pilihan yang tepat adikku
matimu itu bermakna!
 Fukran[ nampak separuh muka je, tshirt hitam] dengan aktivis lain termasuk aktivis Malaysia