Pada zaman kanak-kanak, Syawal memang disambut penuh gembira. Maklumlah, keluarga bukan orang senang, so masa Raya la peluang nak pakai baju baru dan kasut baru. Dua tiga hari sebelum raya tu, baju dan kasut baru tu dibelek berkali-kali, dijeling berpuluh kali. Excited!
Masuk zaman remaja, bukan setakat gembira berbaju baru tapi juga nak beraya ramai-ramai. Memang happy betul masa tu.
Masuk pula zaman bekerja, dua tiga tahun bekerja keinginan nak melaram baju yang cantik tu masih kuat lagi. Dah ada duit sendiri katakan.
Akhir-akhir ni, keinsafan mula datang dalam diri. Syawal itu hari kemenangan, kemenangan berpuasa di bulan Ramadhan selama sebulan. Walaupun untuk merayakan kemenangan tak semestinya disambut dengan kemeriahan yang melampau, apatah lagi dengan pembaziran, memang tak patut. Lebih-lebih lagi tahun ini, Syawal akan menjelang tak lama lagi, teringatkan anak-anak di Palestine yang bergelut dengan situasi mencabar saban hari. Di Afghanistan pulak, tentera NATO dan A.S tak habis-habis menyerang taliban. Biarpun mereka dikatakan pengganas, mereka itu tetap Islam dan A.S itu bagiku kafir perosak dunia.
Aku teringat tahun-tahun lalu, rakan-rakan yang dah berumahtangga dan ada rumah masing-masing [ esp yang renovate cantik-cantik ] seakan berlumba-lumba buat rumah terbuka. Memang bagus jugaklah adakan rumah terbuka ni tapi entahlah kadang-kadang terasa seolah ada unsur riya' . Yelah kalau dah masing-masing nak tetapkan juadah istimewa, yang lain dari yang lain. Makanan penuh-penuh meja. Emm...entahla...yang dah siap buat renovation cantik-cantik tentu pulak nak buat rumah terbuka, maka secara tak langsung mempamerkan kecantikan rumahnya yang dah siap diubahsuai. Saudara mara dan rakan tauladan yang datang akan terkagum-kagum memuji, di rumah nanti siap buat ulasan pulak macam si Eric...entahla...
Kadang-kadang aku memang tak setuju...........
Harapnya tahun ni jangan pulak ada rumah yang tempat aku bertamu tetiba menghidangkan Coke selaku minuman utama. Tolonglah....dah jadi tradisi di Sabah ni, kebanyakan rumah gemar hidangkan minuman 'segera' macam tu. Jarang jumpa yang hidangkan air bancuh. Alasan minuman berkarbonat ni cepat dan mudah disediakan. Cuma sejak tahun lepas, aku perhati ada jugak yang hidangkan minuman kotak macam soya atau teh krisantemum... Kalau adalah yang tergamak lagi hidangkan Coke...hissh....dengan semangat serikandi Islam ni time tu jugak aku nasihat terus....
Apapun, aku mula dengan diriku sendiri.Biar bersederhana dalam segala hal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan