Halaman

Ahad, 29 Ogos 2010

Mavi Marmara yang Berdarah

Buat adik Furkan Dogan [ syuhada Mavi Marmara ]


Tenanglah kau di sana
syurga sudah diperlihatkan padamu
bidadari rupawan penemanmu
kau layak bersamanya
saat remaja seusiamu
mengimpikan kejayaan duniawi semata
rupanya impianmu lebih hebat
kau impikan syahid
mungkin kau juga impikan bidadari jelita
meski kau tak mengerti
antara ibumu dan syahid
manakah yang lebih indah
itulah bait nota akhirmu
kau layak memilih
menara gading manapun
untuk merealisasi impianmu
menjadi doktor
namun kau ketepikan impian itu
kau pilih Mavi Marmara
sebagai medan syahidmu

kutatap wajahmu
sebelum melangkah ke atas kapal berdarah
pejuang IHH juga di kiri kananmu
tanda kesolehan kulihat
di wajah bersihmu
senyum di garis bibirmu
menadah tangan memohon doa
selendang Palestine di bahumu

lima peluru terhambur ke tubuhmu
kau pergi bersama syuhada lain
bendera merah tanahairmu berkibar
tanda bangga padamu

berpuluh ribu mengiringi jasadmu
Kayseri yang tenang jadi bingit
dengan laungan Allahu Akbar
menyambut jasad anak mudanya
pulang sebagai as syahid

kerandamu bagaikan permata
ratusan tangan ingin mengusungmu
itulah penghargaan
di dunia pun kau sudah dikenali
apatah lagi di sana
insyaallah

kau inspirasi anak muda moden
pencetus semangat jihad
syahid itu pilihan yang tepat adikku
matimu itu bermakna!
 Fukran[ nampak separuh muka je, tshirt hitam] dengan aktivis lain termasuk aktivis Malaysia



Tiada ulasan:

Catat Ulasan