Halaman

Rabu, 15 September 2010

Syawal ini lebih bererti jika...

Syawal akan jadi lebih bererti jika...
 
  • Ibadat sepanjang Ramadan terus disuburkan dalam diri...contohnya membaca al Quran, solat sunat dan bersedekah.
  • Tiada pembaziran berlaku terutama dari segi limpahan makanan. Semasa berpuasa kita telah bertungkus lumus menahan lapar dahaga agar dapat memahami kesusahan insan-insan yang sering kebuluran atau kekurangan makanan berkhasiat. Malangnya, sebaik sahaja Hari Raya Aidilfitri, penghayatan itu hilang entah ke mana. Juadah memenuhi meja dihidang agar tetamu pulang kekenyangan. Saat itu, adakah kita ingat kepada nasib saudara-saudara kita di Palestine ? 
  • Tiada kemalangan berlaku di jalan raya hingga perlu diadakan Ops Sikap saban tahun. Bukankah kita telah melatih diri dan jiwa agar bersabar sepanjang Ramadan itu? Sepatutnya sifat sabar dan berhemah semasa memandu diamalkan juga semasa pulang dari kampung. 
  • Tiada pembakaran mercun hingga membakar rumah dan diri si pembakar mercun. Pihak polis harus tegas dan amanah. Walaupun rampasan mercun telah dibuat, tapi bagaimana halnya dengan anggota polis yang menyimpan saki baki mercun rampasan itu dan diberi kepada sanak saudara dan jiran?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan