Persahabatan pun kita temui pada tahap-tahap yang berbeza dalam kehidupan kita ini. Persahabatan zaman kanak-kanak. Persahabatan zaman remaja. Persahabatan sewaktu di kampus. Persahabatan di alam pekerjaan.
Semuanya berbeza. Sedar atau tidak, pada setiap fasa kehidupan kita itu, kita temui insan-insan berbeza yang ditakdirkan untuk menjadi kawan kita. Kita menerima mereka sebagai kawan atas pelbagai sebab dan kadang-kadang memang tanpa sebab. Nilai persahabatan pada zaman IT ini pun semakin mengecil. Sebabnya, kawan senang dicari di mana-mana. Di alam maya atau di alam nyata. Kaedah nak mencari kawan pun makin senang. Sesuatu kalau dah senang nak dapat, nilai istimewanya semakin kurang. Rasa nak menghargai semakin tipis.
Sesuatu yang aku pelajari pada minggu lalu dalam satu lagi fasa kecil hidup aku ialah kawan sewaktu kita gembira, mood okay dan baik-baik sahaja memang senang nak cari dan tak susah nak buat mereka mengaku yang kita kawan sebaliknya kawan waktu kita tertekan, kesusahan dan banyak masalah paling banyak cumalah seorang. Itu pun dikira banyak. Kadangkala memang tak berkawan waktu itu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan