Halaman

Isnin, 11 April 2011

11 APRIL 2011-Hari merentas Banjaran Crocker....

Letih tak terkata. Bertolak dari kampung pukul 6.10 minit pagi. Sampai di pekan Beaufort yang tengah banjir, pukul 6.45 pagi. Lepas menunggu lebih kurang 18 minit, teksi akhirnya bertolak. Sampai di bandar raya Kota Kinabalu pukul 9.00++ pagi. Mencari-cari tandas awam, akhirnya pergi stesen minyak Shell. Cari kedai reload lagi. Teksi ke Keningau bertolak pukul 10.00++ pagi. Pemandunya ramah dan pandai pilih lagu tapi boleh tahan jugak stail bawa keretanya. Ada bakat jadi pemandu F1.
          Sampai di IPG Keningau pukul 11.20 pagi. Lepas berehat tak sampai setengah jam, aku kemas-kemas beg pakaian dan terus check out di pejabat Penyelia Asrama yang juga kawan aku. Tak sempat jumpa pegawai LDP, aku terus dihantar ke stesen teksi. Sempat belanja member minum dulu. Dah dua kali dia tolong hantar ke pekan Keningau, rasa tak sedap hati kalau tak belanja. Mulanya nak naik bas saja sampai simpang Kimanis tapi takut lambat pula. Hatiku bimbang ni takut-takut hujan di tengah jalan. Bukit di jalan Kimanis-Keningau tu memang boleh tahan, banjaran Crockerlah katakan.


              Ada jodoh kot dengan pemandu F1 tu, alamak naik teksi dia lagi. Gasaklah, janji cepat bertolak, malas nak menunggu lama-lama. Memandangkan pemandu teksi ni ramah, tak lamalah aku menunggu, lepas 15 minit sudah ada penumpang yang nak cepat-cepat ke Kota Kinabalu, nak kejar flight ke Kuala Lumpur. Selamat. Sekali lagi, aku merentas banjaran Crocker..Hujan renyai-renyai. Kali ni pemandu ni tak laju sangat, berhati-hati. Alhamdulillah, turun je banjaran, hujan reda. Sampai di simpang Kimanis, cuaca cerah je. Sampai di Beaufort pukul 3.40 petang.
           Letihnya aku hari ini bukan sebab buat kerja berat. letih duduk dalam teksi. Rancang nak naik kereta api dari Beaufort-Tenom. Lepas itu, dari Tenom, naik teksi ke IPG Keningau. Plan hancur gara-gara banjir. Takutlah pulak nak naik kereta api masa-masa banjir ni. Karang tak faedah-faedah aku terpaksa merangkak di landasan tu.  Akhirnya hari ini, dengan tidur tak cukup aku merentaslah banjaran Crocker 2 kali. Ini semua gara-gara nak tarik diri dari kursus 4 minggu tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan