Walaupun sudah lama aku bekerja, taklah banyak aku berjalan-jalan melancong. Kebanyakan tempat aku pergi di Malaysia ini semuanya atas sebab dan urusan kerja. Luar negara jauh sekali, tak pernah jejak kaki langsung. Tahun 2011 ini rasanya belum terlambat lagi agaknya nak memulakan azam untuk meluaskan pandangan dan pengalaman ke tempat orang ni.
Tempat-tempat yang aku nak lawati ni tak adalah hebat sangat, setakat sesuai dengan kemampuan aku, dengan bajet dan juga keyakinan nak meneroka tempat tu.
1. Langkawi, Malaysia
- sebab aku nak melawat Langkawi bukanlah sebab nak shopping macam kebanyakan wanita lain. Sekadar nak bersantai nak menikmati keindahan negara sendiri. Lagipun kat Langkawi ada banyak tempat dan aktiviti nak dibuat ( agaknya la...hehehhe), macam Makam Mahsuri, Underwater World, pantai-pantai dan pulau-pulau lain...
2. Beijing, China
- peminat sejarah dinasti China macam aku ni tentulah berangan-angan nak menjejak kaki ke bumi itu. Nak melawat Great Wall,walaupun terfikir mampu ke panjat tembok tu tapi memang aku nak sangat melawat Great Wall. Forbidden City, sebab aku ni peminat cerita klasik China suka tengok puteri-puteri Cina dengan pakaian dan sanggul mereka tu.
3. Xi'an, China
- Musium Terra Cotta, Muslim Quarter, The Great Mosque, Bell Tower. Sejarah menjadi faktor utama aku nak ke sini. Terra cotta Army itulah yang nak dilihat sangat. Sambil tu nak melihat kesan pertama kewujudan Islam di China. Muslim Quarter nak ditinjau sebab tertarik dengan gambar-gambar dan ulasan pelancong Barat tentang tempat ini.
4. Korea ( Pulau Jeju)
- kebanyakan orang nak ke Pulau Nami kerana Mawi buat video klip kat situ dan drama Winter Sonata tapi aku nak ke Pulau Jeju kerana keindahannya aku dah tengok dalam banyak majalah travel. Plus, manalah tahu aku terserempak Dennis O'Neil kat situ, boleh kelu aku dibuatnya kalau terserempak mamat hensom tu..hehheh...padahal takkanlah si Dennis ni ada kat pulau tu...
5. Istanbul
Ada dua perkara penting aku nak buat kalau berpeluang ke Istanbul. Solat di Masjid Biru dan menyusuri selat Bosphorus. Yang lain-lain tu, melawat Spice Bazaar, Grand Bazaar, Hagia Sophia dan Istana Topkapi. Kalau ada rezeki dan peluang, aku nak melawat Istanbul waktu bunga tulip tengah berkembang atau musim bunga.
6. Paris
Kebanyakan orang nak ke Paris termasuklah aku. Bukan Eiffel Tower saja nak dilihat tapi nak ke Muzium Louvre melihat koleksi lukisan ternama seperti Monalisa. Lagipun kalau nak ke Paris, aku yakin soal makan taklah susah sangat dengan adanya pendatang Algeria dan Maghribi yang berniaga di situ. Tapi, kota ini hanya angan-angan aku je kot..tak tercapai akal...
 |
inilah muka kacak si Dennis O Neill...pelakon Korea mix America...senyuman tu....adui... |
|
|