Halaman

Selasa, 7 Jun 2011

Tentang kisah cinta

TENTANG KISAH CINTA PEBERET AKU YOO II & SOON AE ( DRAMA SWEET SPY )

Jarang aku obsess dengan kisah cinta dalam drama. Lebih-lebih lagi drama luar ni sebab aku setia ngan drama Melayu. Favourite aku drama Nur Kasih. Sejak 3 minggu ni aku terjatuh cinta plak kat drama Korea Sweet Spy ni. Lakonan Nam Sang-Mi ( heroin ) dan Dennis Oh ( mula-mula dia 2nd hero lepas tu jadi hero ). Kebanyakan orang suka drama ni sebab faktor Dennis Oh yang teramat gorgoues tu tapi bagi aku faktor penting ialah kisah cinta Yoo II dan Soon Ae tu. Dan walaupun Dennis Oh yang berlakon dlm cerita ni tapi kalaulah bukan Nam Sangmi yang manis tu jadi pasangan dia aku tak layan sangat kot. NSM jadi faktor aku suka cerita ni. Aku suka natural beauty dia. Dia ngan Dennis Oh macam pasangan yang ditakdirkan bersama. So match like couple from heaven. Sepadan habis. Satu manis, lawa, cute dan si hero charm, gorgoues and sexy. Kredit kepada director yang menemukan dua orang ni jadi couple dan menghiburkan hati penonton dengan kesepadanan dorang tu. Aku nak papar scene yang aku suka ikut episode. Sesetengahnya aku jumpa gambar setengahnya x dapat.


Ahad, 5 Jun 2011

HYUN BIN.....my hero

Sedang aku berkira-kira nak menulis novel aku terpandang muka si Hyun Bin yang manly + cute = 100% sweet/ sedap mata merenung. Rasanya dialah paling layak jadik imej hero dalam novel aku. Memang aku suka nengok muka si Dennis Oh tapi dia tu terlebih krimer, kurang manly gitu. Hyun Bin just nice, plus he can act very well, can speak English, can sing English song, model, and can play piano. Hero yang pandai main piano...ceeh mana nak carik yang seromantik tu lagi...

Tambah-tambah aku memang suka muka jenis Hyun Bin. Dia ni pun cam sumpah-sumpah pandai tukar expression kalau bergaya. Kejap cute, kejap macho kejap control hensem...tu yang mahal tu.

yang ni ala-ala manja gitu...

ala-ala James Dean ( versi Korea )...

yang ni aku paling suka...susah nak kategorikan ni... manis ker, macho ker...ntahla....semua-semua kot

jejaka berbakat...main piano ( dia buat show kat Japan )

Ahad, 17 April 2011

KAWAN: Kawan ketawa, kawan menangis

       Sebut pasal kawan, semua orang nak kawan yang best, kawan yang serasi, sefahaman dan sekepala. Semua orang ada pandangan sendiri.
      Persahabatan pun kita temui pada tahap-tahap yang berbeza dalam kehidupan kita ini. Persahabatan zaman kanak-kanak. Persahabatan zaman remaja. Persahabatan sewaktu di kampus. Persahabatan di alam pekerjaan. 
     Semuanya berbeza. Sedar atau tidak, pada setiap fasa kehidupan kita itu, kita temui insan-insan berbeza yang ditakdirkan untuk menjadi kawan kita. Kita menerima mereka sebagai kawan atas pelbagai sebab dan kadang-kadang memang tanpa sebab. 
      Nilai persahabatan pada zaman IT ini pun semakin mengecil. Sebabnya, kawan senang dicari di mana-mana. Di alam maya atau di alam nyata. Kaedah nak mencari kawan pun makin senang. Sesuatu kalau dah senang nak dapat, nilai istimewanya semakin kurang. Rasa nak menghargai semakin tipis.
      Sesuatu yang aku pelajari pada minggu lalu dalam satu lagi fasa kecil hidup aku ialah kawan sewaktu kita gembira, mood okay dan baik-baik sahaja memang senang nak cari dan tak susah nak buat mereka mengaku yang kita kawan sebaliknya kawan waktu kita tertekan, kesusahan dan banyak masalah paling banyak cumalah seorang. Itu pun dikira banyak. Kadangkala memang tak berkawan waktu itu....
        
     

Isnin, 11 April 2011

11 APRIL 2011-Hari merentas Banjaran Crocker....

Letih tak terkata. Bertolak dari kampung pukul 6.10 minit pagi. Sampai di pekan Beaufort yang tengah banjir, pukul 6.45 pagi. Lepas menunggu lebih kurang 18 minit, teksi akhirnya bertolak. Sampai di bandar raya Kota Kinabalu pukul 9.00++ pagi. Mencari-cari tandas awam, akhirnya pergi stesen minyak Shell. Cari kedai reload lagi. Teksi ke Keningau bertolak pukul 10.00++ pagi. Pemandunya ramah dan pandai pilih lagu tapi boleh tahan jugak stail bawa keretanya. Ada bakat jadi pemandu F1.
          Sampai di IPG Keningau pukul 11.20 pagi. Lepas berehat tak sampai setengah jam, aku kemas-kemas beg pakaian dan terus check out di pejabat Penyelia Asrama yang juga kawan aku. Tak sempat jumpa pegawai LDP, aku terus dihantar ke stesen teksi. Sempat belanja member minum dulu. Dah dua kali dia tolong hantar ke pekan Keningau, rasa tak sedap hati kalau tak belanja. Mulanya nak naik bas saja sampai simpang Kimanis tapi takut lambat pula. Hatiku bimbang ni takut-takut hujan di tengah jalan. Bukit di jalan Kimanis-Keningau tu memang boleh tahan, banjaran Crockerlah katakan.


              Ada jodoh kot dengan pemandu F1 tu, alamak naik teksi dia lagi. Gasaklah, janji cepat bertolak, malas nak menunggu lama-lama. Memandangkan pemandu teksi ni ramah, tak lamalah aku menunggu, lepas 15 minit sudah ada penumpang yang nak cepat-cepat ke Kota Kinabalu, nak kejar flight ke Kuala Lumpur. Selamat. Sekali lagi, aku merentas banjaran Crocker..Hujan renyai-renyai. Kali ni pemandu ni tak laju sangat, berhati-hati. Alhamdulillah, turun je banjaran, hujan reda. Sampai di simpang Kimanis, cuaca cerah je. Sampai di Beaufort pukul 3.40 petang.
           Letihnya aku hari ini bukan sebab buat kerja berat. letih duduk dalam teksi. Rancang nak naik kereta api dari Beaufort-Tenom. Lepas itu, dari Tenom, naik teksi ke IPG Keningau. Plan hancur gara-gara banjir. Takutlah pulak nak naik kereta api masa-masa banjir ni. Karang tak faedah-faedah aku terpaksa merangkak di landasan tu.  Akhirnya hari ini, dengan tidur tak cukup aku merentaslah banjaran Crocker 2 kali. Ini semua gara-gara nak tarik diri dari kursus 4 minggu tu.

Rabu, 6 April 2011

Destinasi Impianku...

Walaupun sudah lama aku bekerja, taklah banyak aku berjalan-jalan melancong. Kebanyakan tempat aku pergi di Malaysia ini semuanya atas sebab dan urusan kerja. Luar negara jauh sekali, tak pernah jejak kaki langsung. Tahun 2011 ini rasanya belum terlambat lagi agaknya nak memulakan azam untuk meluaskan pandangan dan pengalaman ke tempat orang ni.

            Tempat-tempat yang aku nak lawati ni tak adalah hebat sangat, setakat sesuai dengan kemampuan aku, dengan bajet dan juga keyakinan nak meneroka tempat tu.

              1. Langkawi, Malaysia
                 - sebab aku nak melawat Langkawi bukanlah sebab nak shopping macam kebanyakan wanita lain.   Sekadar nak bersantai nak menikmati keindahan negara sendiri. Lagipun kat Langkawi ada banyak tempat dan aktiviti nak dibuat ( agaknya la...hehehhe), macam Makam Mahsuri, Underwater World, pantai-pantai dan pulau-pulau lain...
             2. Beijing, China
              - peminat sejarah dinasti China macam aku ni tentulah berangan-angan nak menjejak kaki ke bumi itu. Nak melawat Great Wall,walaupun terfikir mampu ke panjat tembok tu tapi memang aku nak sangat melawat Great Wall. Forbidden City, sebab aku ni peminat cerita klasik China suka tengok puteri-puteri Cina dengan pakaian dan sanggul mereka tu.
           3. Xi'an, China
            - Musium Terra Cotta, Muslim Quarter, The Great Mosque, Bell Tower. Sejarah menjadi faktor utama aku nak ke sini. Terra cotta Army itulah yang nak dilihat sangat. Sambil tu nak melihat kesan pertama kewujudan Islam di China. Muslim Quarter nak ditinjau sebab tertarik dengan gambar-gambar dan ulasan pelancong Barat tentang tempat ini.
           4. Korea ( Pulau Jeju)
          - kebanyakan orang nak ke Pulau Nami kerana Mawi buat video klip kat situ dan drama Winter Sonata tapi aku nak ke Pulau Jeju kerana keindahannya aku dah tengok dalam banyak majalah travel. Plus, manalah tahu aku terserempak Dennis O'Neil kat situ, boleh kelu aku dibuatnya kalau terserempak mamat hensom tu..hehheh...padahal takkanlah si Dennis ni ada kat pulau tu...
         5. Istanbul
          Ada dua perkara penting aku nak buat kalau berpeluang ke Istanbul. Solat di Masjid Biru dan menyusuri selat Bosphorus. Yang lain-lain tu, melawat Spice Bazaar, Grand Bazaar, Hagia Sophia dan Istana Topkapi. Kalau ada rezeki dan peluang, aku nak melawat Istanbul waktu bunga tulip tengah berkembang atau musim bunga.

        6. Paris
         Kebanyakan orang nak ke Paris termasuklah aku. Bukan Eiffel Tower saja nak dilihat tapi nak ke Muzium Louvre melihat koleksi lukisan ternama seperti Monalisa. Lagipun kalau nak ke Paris, aku yakin soal makan taklah susah sangat dengan adanya pendatang Algeria dan Maghribi yang berniaga di situ. Tapi, kota ini hanya angan-angan aku je kot..tak tercapai akal...

inilah muka kacak si Dennis O Neill...pelakon Korea mix America...senyuman tu....adui...